mesyuarat dan bengkel strategik sasaran 2025 yayasan infaq angkasa (YIA)
Melaka, 1 & 2 Disember 2024 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah menganjurkan Mesyuarat dan Bengkel Strategik Sasaran 2025, bertujuan memperkemas Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada serta merangka SOP baharu bagi memperkukuh pengurusan kutipan dan agihan dana infaq. Inisiatif ini merupakan langkah proaktif untuk memperhalus proses kerja bagi memastikan impak agihan dana infaq mampu terus memacu pembangunan ekonomi ummah setempat.
Mesyuarat dan bengkel ini dipengerusikan oleh YB SS Dato’ (Dr.) Hj. Nooh Gadot, selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA. Turut hadir ialah ahli Lembaga Pemegang Amanah, barisan pengurusan tertinggi, serta kakitangan YIA yang komited menjayakan agenda strategik ini.
Untuk tahun 2025, YIA menyasarkan peningkatan kutipan infaq yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Perancangan rapi sedang dirangka untuk memastikan program kutipan dana infaq dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan, sekaligus memperkukuhkan peranan infaq dalam memajukan ekonomi setempat serta memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua