yayasan infaq angkasa sumbang dana infaq rm2,000 kepada pertubuhan kebajikan prihatin jitra, kedah
Isnin, 24 Februari 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA telah menyampaikan sumbangan dana infaq bernilai RM2,000 kepada Pertubuhan Kebajikan Prihatin Jitra, Kedah sebagai usaha memperkasa ekonomi golongan asnaf dan muallaf. Sumbangan ini berbentuk sebuah peti ais sejuk beku dan mesin jahit, yang diharapkan dapat membantu penerima dalam menjana pendapatan serta meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Majlis penyerahan sumbangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tn Haji Syukri Bin Hj Hassan, selaku Jawatankuasa ANGKASA Negeri Kedah. Turut hadir, YBrs. Prof. Dr. Abdul Halim Bin Abdul Majid, Presiden Pertubuhan Kebajikan Prihatin Jitra, Kedah serta YBrs. Pn Habsah Binti Omar, Timbalan Pengerusi Koperasi Pengusaha AGRO Kedah Berhad dan kakitangan pengurusan Pertubuhan Kebajikan Prihatin Jitra, Kedah.
Sumbangan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif pembangunan ekonomi bagi membantu komuniti yang memerlukan. Semoga kerjasama erat ini terus diperkukuh demi kesejahteraan masyarakat pada masa akan datang.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua