yayasan infaq angkasa (YIA) anjur program infaq qurban qaseh bantu asnaf laksana ibadah korban

Khamis, 5 Jun 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) terus komited memperkasa usaha kebajikan dengan menganjurkan Program Infaq Qurban Qaseh melibatkan 29 asnaf dari PPR Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur sempena Hari Raya Aidiladha 1446H.

Sebanyak empat ekor lembu dan dua ekor kambing dengan nilai keseluruhan RM24,000 telah disumbangkan hasil infaq daripada ANGKASA, warga kerja, koperasi-koperasi, badan- badan korporat dan masyarakat umum.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengasas YIA merangkap Presiden ANGKASA. Menurut beliau, program ini mencerminkan komitmen berterusan YIA dalam memupuk budaya infaq dan mengukuhkan jaringan kebajikan melalui kerjasama strategik bersama koperasi seluruh negara. YIA menyasarkan seramai 100 asnaf untuk menyertai ibadah korban pada tahun hadapan.

Turut hadir sama YBhg. Dr. Mohd Azlan Yahya, Timbalan Presiden ANGKASA Selaku Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Naib Presiden ANGKASA Selaku Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, YBrs. Pn. Hjh. Sharifah Aminah Syed Mohssain, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Alias Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Selangor, YBhg Dato’ Shaharudin Mohd. Sa’ad, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, YBrs. En. Muhammad Asraf Jalaludin, Penolong Pegawai Perpaduan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBrs. En Arta Bacha Haji Arja, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kampung Muhibbah, YBrs. Norefendi Darus Pengerusi KRT PPR Kampung Muhibbah

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menekankan bahawa budaya infaq harus dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama demi manfaat bersama dan keberkatan rezeki.

Majlis ini juga menjadi platform mengeratkan ukhuwah antara warga koperasi, komuniti setempat dan penerima manfaat sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua