π˜π€π˜π€π’π€π πˆππ…π€π π€ππ†πŠπ€π’π€ (π˜πˆπ€) πŒπ„π‹π„π’π“π€π‘πˆπŠπ€π πˆππ…π€π 𝐃𝐀𝐍 π–π€πŠπ€π… πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ ππ„π‘π’πˆπƒπ€ππ†π€π π†π‹πŽππ€π‹ π“π„πŠππŽπ‹πŽπ†πˆ π–π€πŠπ€π… 𝐃𝐀𝐍 π„πŠπŽππŽπŒπˆ ππ„π‘ππˆπ€π†π€π€π (𝐆-𝐂𝐖𝐓𝐁𝐄) πŸπŸŽπŸπŸ’, 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„π‹π€ππ“π€π (π”πŒπŠ)

TARIKH : 11 September 2024
TEMPAT : Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

RABU, 11 SEPTEMBER 2024 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) terus melestarikan industri infaq dan wakaf melalui penganjuran Persidangan Global Teknologi Wakaf Dan Ekonomi Perniagaan (G-CWTBE) 2024. Persidangan bertaraf antarabangsa ini dihadiri oleh lebih daripada 120 peserta, termasuk ahli akademik, pihak industri, agensi kerajaan, anggota koperasi serta pelbagai pihak berkepentingan dari pelbagai bidang wakaf dan lain lain.
Β 
Pengasas YIA merangkap Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, dalam ucapan beliau menyatakan bahawa inisiatif ini seiring dengan agenda Malaysia Madani yang digerakkan oleh kerajaan. Ia bertujuan untuk memperkasakan amalan wakaf di peringkat nasional, dengan sokongan dan penyertaan pihak korporat. Yayasan ini komited untuk terus bekerjasama dalam usaha memperluaskan serta memasyarakatkan amalan infaq dan wakaf secara proaktif dalam komuniti tempatan.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah barisan ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA iaitu, YBhg Dato’ Setia Prof Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir Ybhg Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Ybhg Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan YBhg Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, YBrs. En. Mohd Safian Bin Abdul Rahman, Pengurus Besar YIA serta Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Haji Wan Mohamad Zain Wan Abdullah.
Β 
Turut hadir ialah Ybhg Tan Sri Dr. Ismail Haji Ibrahim, Pengarah Bahagian Penerbitan dan Penarafan RMIC, YBhg Prof. Madya Dr. Mohd Asrul Hery Ibrahim serta Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), YBrs Dr. Hasnan Haji Ramli.
Β 
β€œNi’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom Menyumbang Sekarang

Dengan sumbangan anda kami dapat menggerakkan platform wakaf dalam memperkukuhkan sosio-ekonomi masyarakat di Malaysia mahupun luar negara.