yayasan infaq sumbang dana infaq rm 7,500 kepada pertubuhan pembangunan orang buta malaysia

Khamis, 24 Oktober 2024 – Yayasan Infaq ANGKASA sumbang dana infaq RM7,500 kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia. Majlis perasmian Al-Quran Braille, hasil kerjasama antara Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) dan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, adalah satu inisiatif untuk memperkukuh kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan individu istimewa. 

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Haji Mohd Azlan Yahya, ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA. Turut hadir sama Ybrs , En. Mohammad Huzaifah bin Ahmad selaku Presiden Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Ybrs En. Shafie Idris, selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Wilayah Persekutuan.

Memetik dalam ucapannya, YBhg. Dr. Haji Mohd Azlan Yahya menyatakan penghargaan kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia atas usaha gigih mereka dan berharap Al-Quran Braille ini memberi inspirasi kepada penerima dalam mendalami ilmu agama. Beliau juga mencadangkan penubuhan koperasi khusus untuk golongan istimewa sebagai platform ekonomi yang mampan, yang menyokong keusahawanan dan menjana pendapatan mereka.

Diharapkan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak projek bersama, termasuk penubuhan koperasi yang memberi impak positif kepada komuniti, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan dan kelestarian pembangunan sosial di Malaysia. Semoga Kerjasama dan ukhwah ini dapat diteruskan dimasa akan datang.

“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”

Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.

Berinfaq kini di hujung jari anda.

#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua

Bantu kongsikan..