YAYASAN INFAQ ANGKASA
(YIA) SALUR SUMBANGAN INFAQ KEBAJIKAN KEPADA WARIS PENYUMBANG INFAQ YANG TELAH
KEMBALI KE RAHMATULLAH
Isnin, 19 Januari 2026 – Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) telah menyalurkan sumbangan dana infaq kebajikan berjumlah RM2,000 berserta keperluan asas kepada dua (2) waris penyumbang infaq yang telah kembali ke rahmatullah.
Waris penerima sumbangan tersebut ialah keluarga Allahyarham Encik Erdy Izwan bin Asli, yang meninggal dunia pada 7 Mac 2025, serta Allahyarham Encik Mohamad Darulnizam bin Mat Darus, yang meninggal dunia pada 9 November 2025.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd Azlan Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Infaq ANGKASA, bertempat di Pejabat Urusan Yayasan Infaq ANGKASA.
Sumbangan infaq kebajikan ini merupakan bantuan yang disalurkan kepada waris penyumbang infaq yang telah konsisten menyumbang secara bulanan melalui skim potongan gaji. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan YIA dalam memastikan kebajikan penyumbang dan keluarga mereka terus diberi perhatian, khususnya ketika berdepan saat kehilangan insan tersayang.
YIA berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kewangan serta memberi sokongan moral kepada keluarga arwah.
Sebagai sebuah institusi pemegang amanah dalam pengurusan dana infaq, YIA kekal komited untuk mengurus dan menyalurkan setiap sumbangan secara telus, berintegriti dan berimpak, demi menyokong pembangunan ekonomi, keusahawanan serta kesejahteraan masyarakat secara berterusan.
💳 Salurkan infaq anda melalui:
🏦 Bank Rakyat – Yayasan Infaq ANGKASA
📌 No. Akaun: 1101 8775 38
✨ “Ni‘mat Berkat, Rezeki Berganda” ✨
📞 Pertanyaan lanjut: +60 19-215 4270
🌐 www.yayasaninfaqangkasa.com
🤲 Jom berinfaq serendah RM1!
Ikuti kami:
📌 Facebook, TikTok, Instagram, Threads & LinkedIn: Yayasan Infaq ANGKASA
📌 YouTube: www.youtube.com/@YayasanInfaqANGKASA