yayasan infaq angkasa sumbang komputer riba kepada penerima manfaat infaq
Rabu, 16 April 2025 – Yayasan Infaq ANGKASA telah menyumbangkan sebuah komputer riba kepada penerima manfaat dalam kalangan kumpulan B40. Majlis penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hj. Mohd Azlan Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Aktiviti merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah, serta diiringi oleh YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Tajudin Haji Abdul Rahman dan YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA.
Sumbangan komputer riba ini adalah hasil daripada dana infaq yang diterima hasil sumbangan infaq daripada masyarakat umum. Inisiatif ini bertujuan membantu memperkasakan penerima manfaat dalam bidang pendidikan selaras dengan misi YIA iaitu mengagihkan dana infaq untuk tujuan kebajikan dan pembangunan sosio ekonomi.
Yayasan Infaq ANGKASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang infaq yang budiman. Kami menyeru masyarakat umum untuk turut serta dalam menyemarakkan budaya infaq, agar lebih ramai individu yang kurang berkemampuan dapat dibantu.
“Ni’mat Berkat, Rezeki Berganda”
Jom berinfaq serendah RM1 bersama kami.
Berinfaq kini di hujung jari anda.
#YIA #YayasanInfaqAngkasa #InfaqUntukSemua